Friday, 16 December 2016

Perindustrian di Jepun





Perdagangan dan Perniagaan di Belanda




Proud 2B Iban

 Inilah gambar pakaian tradisional kaum Iban kebanggaanku. Mungkin ramai yang tak sedar, kaum Iban merupakan kaum yang cukup kaya dengan tradisi & budaya yang unik dan penuh warna-warni. Lihat saja pada pakaian tradisional ini, sudah melambangkan ketinggian mutu seni yang tidak ternilai. Orang Iban juga cukup kaya dengan adab dan budi bahasanya.
~Tak kenal maka tak cinta~
Gambar: Kumangbaikjue.blogspot.com
 
Gambar: Wikipedia.org


Gambar: smore.com
 
Gambar: parenbonjour.com
 
Gambar: Pinterest.com
Gambar: Dayakwithgoldenhair.wordpress
 
 Terima kasih kepada pemilik gambar.
~Awesome~
 



Cun!


Oh...nostalgiknya gambar ni. Terimbau semula kenangan zaman kanak-kanak dulu. Zaman yang cukup indah dan riang, langsung tak terfikir sebarang masalah haha... Masih terasa sejuk & jernihnya sungai di rumah panjangku...Semuanya itu itu kini tinggal memori.
Gambar: Kaskus.co


Gambar: hipwee.com
 
Gambar: Brilio.net
 
 Credit untuk juru fotonya...cun banget. Model-modelnya juga cilik sekali hehe...

Kisah Iban Trackers


[1] Kisah Pahlawan Hebat Iban Trackers: Awang Raweng

Lawan  Komunis  Seorang  Diri
Oleh ZAAIN ZIN
pengarang@utusan.com.my
ARKIB : 02/08/2012 Utusan Online

SRI AMAN 1 Ogos - Sejak 61 tahun lalu, bekas anggota Iban Trackers, Awang Raweng telah 20 kali terbang ke London untuk menghadiri majlis perjumpaan semula Batalion Pertama Rejimen Hutan Worcestershire and Sherwood. Kali terakhir lelaki Iban berusia 83 tahun itu ke sana adalah pada 27 Mei lalu.
          Menariknya, kehadiran Awang ke majlis itu bukan sebagai tetamu biasa, sebaliknya dia dianggap orang kenamaan dan disambut serta dirai sebagai wira. Lebih menarik, dia turut diberi peluang menghadap Ratu Elizabeth II serta kerabat diraja lain di Istana Buckingham, di samping menerima elaun khas £100 (RM494) setiap bulan daripada kerajaan Britain. Demikian keistimewaan yang diberikan kepada anak kelahiran Sri Aman, Sarawak itu sejak dia menerima pingat keberanian tertinggi Britain iaitu George Cross pada 1951.
           "Saya bukan siapa-siapa, cuma orang kampung dan tidak layak dilayan seperti orang kenamaan. Namun, disebabkan mempunyai George Cross, saya terus menerima layanan kelas pertama sepanjang berada di sana," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini.
          Sehingga kini, hanya 25 penerima George Cross yang masih hidup dan mereka terdiri daripada veteran perang di seluruh dunia yang pernah berkhidmat secara langsung atau tidak langsung dengan kerajaan Britain sejak perang dunia kedua.
          Di Malaysia, George Cross setaraf dengan pingat Panglima Gagah Berani (PGB). Pingat yang dinamakan sempena King George VI itu dianugerahkan kepada Awang bagi mengiktiraf jasanya menentang kira-kira 50 komunis di hutan Kluang, Johor secara bersendirian untuk menyelamatkan beberapa tentera British yang cedera dalam satu pertempuran.
          Diminta berkongsi pengalaman cemas itu, Awang memberitahu, dia datang ke Tanah Melayu sebagai Iban Trackers pada Disember 1950 dan diserap masuk ke dalam Rejimen Hutan Worcestershire and Sherwood yang berpangkalan di Kluang. Kata bapa kepada enam cahaya mata itu, ketika menjejaki komunis di hutan Kluang setahun kemudian, kumpulannya yang terdiri daripada 25 anggota diserang hendap kira-kira 50 musuh.
          "Tiga orang askar British maut ditembak manakala tiga lagi cedera parah. Selebihnya berundur ke kem untuk mendapatkan bantuan meninggalkan saya seorang diri bersama rakan yang cedera.
          "Saya tidak sampai hati meninggalkan mereka yang cedera parah dan memutuskan untuk terus melawan komunis menggunakan beberapa laras senapang dan grenad yang ditinggalkan rakan-rakan," katanya yang ketika itu baru berusia 22 tahun.
          Menurut Awang, dia kemudiannya ternampak salah seorang askar British yang cedera di kaki sedang terbaring kesakitan dan terdedah kepada tembakan musuh. "Tanpa berfikir panjang, saya segera keluar dari tempat persembunyian dan menarik askar yang cedera itu. Pada masa itu, saya terkena dua das tembakan, masing-masing di pangkal paha dan lengan.
          "Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa sakitnya terkena tembakan. Namun, saya memberanikan diri untuk terus menembak dan melempar grenad ke arah musuh bertalu-talu. Hampir sejam kemudian, musuh akhirnya melarikan diri. Mungkin mereka ingat kami ramai, padahal ketika itu, cuma saya seorang sahaja," katanya.  Akibat peristiwa itu, Awang dirawat di hospital selama lima bulan manakala tentera British yang diselamatkannya, Griff Hughes terpaksa dipotong kaki kanan.
         Setelah 60 tahun berlalu, keberanian Awang yang secara tidak langsung mengharumkan nama negara akhirnya diiktiraf apabila dianugerahkan Pingat Jasa Malaysia (PJM) sempena sambutan Hari Peringatan Perang Sarawak pada tahun lalu.
          "Saya gembira kerana kerajaan kita akhirnya menghargai khidmat bakti saya," katanya yang kini menjadi Tuai Rumah di Nanga Skrang, Sri Aman.


Bekas Iban Tracker terima Pingat Jasa Malaysia

2012/01/20  
         WALAUPUN selepas lebih setengah abad beliau bertempur di Kluang, Johor, Awang anak Raweng, terus menerima pengiktirafan kerajaan dengan pengurniaan Pingat Jasa Malaysia (PJM) sebagai mengenang jasa dan pengorbanan yang pernah dicurahkan demi keselamatan negara.
          Awang, 86, bekas Iban Tracker yang pernah berkhidmat dengan Worcestershire and Sherwood Foresters Regiment, menerima PJM sempena sambutan Hari Peringatan Perang Sarawak, di Tugu Pahlawan di Tebingan Kuching, di sini, baru-baru ini. Beliau yang juga satu-satunya rakyat Malaysia menerima pingat keberanian George Cross daripada kerajaan British, bangga dengan pengurniaan PJM itu dan tidak menyangka, pengorbanannya masih terus diingati. “Saya tua dan sudah terlalu lama peristiwa pertempuran di Kluang itu berlalu. Rupa-rupanya kerajaan masih terus mengingati perjuangan orang lama seperti saya. Terima kasih, walaupun tidak membawa sebarang gelaran, PJM ini amat besar ertinya buat saya kerana ia menunjukkan perjuangan kami tidak pernah dilupakan,” katanya.

          Awang yang kini menetap di Nanga Skrang, Sri Aman, dianugerahkan George Cross daripada Ratu England, kerana keberaniannya. Beliau antara 25 penerima anugerah pingat George Cross yang masih hidup dan dijemput ke England setiap tahun sebagai tetamu kehormat pada hari ulang tahun Ratu Elizabeth II, selain menerima kira-kira RM5,000 setiap tahun daripada kerajaan Britain.
         Bekas tentera British, Mejar (B) Victor Greenwood, 65, yang pernah berkhidmat dengan Royal Logistic Corps turut berterima kasih kepada Malaysia kerana mengiktiraf perkhidmatannya ketika bertugas di Sarawak pada 1965 ketika era Konfrontasi Indonesia-Malaysia. Greenwood, anak kelahiran Lanchester, England, mula menyertai tentera pada 1964 dan bersara pada 1993 turut menerima PJM yang disampaikan Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Alfred Jabu anak Numpang.
           Selain Awang dan Greenwood, turut menerima PJM pada majlis itu, beberapa bekas tentera yang pernah terbabit dalam peperangan menentang insurgensi pada zaman darurat hingga pengganas komunis mengisytiharkan menamatkan perjuangan pada 1989. Mereka ialah Kapten (B) Kong Tong Gnoh dari Rejimen Renjer Diraja, Kapten (B) George Kurka Maja (Rejimen Diraja), PW I (B) M Gunasagran (Kor Perkhidmatan Diraja), PW I (B) Bingkok Mambang (Rejimen Renjer Diraja), PW I (B) Ubang Kendawang (Rejimen Renjer Diraja), PW I (B) Nawdin Bujang (Tentera Laut Diraja Malaysia), Able Rate (B) Abdul Rahman Sapawi (Tentera Laut Diraja Malaysia), PW I (B) Nordin Amat (Tentera Udara Diraja Malaysia) dan Sjn (B) Rahmah Omar (Tentera Udara Diraja Malaysia).


 
[2] Kisah Pahlawan Negara: Kanang anak Langkau
Wednesday, August 22, 2007

Agustine, Evelyn, Merylin, Puline, Judith dan Langge, saya amat berbangga dapat bertemu dengan ayah saudara-saudari, Kanang anak Langkau di Perhimpunan Perdana Veteran Merdeka di Melaka pada 17 Ogos lalu.

Saya yakin anda semua juga berbangga mempunyai seorang bapa yang dihormati kerana darah kepahlawanannya terbilang dalam mempertahankan bumi bertuah ini. Ibu anda, Helen Latai Ini, pasti beruntung memiliki suami yang keberaniannya amat luar biasa. Tidak hairanlah kerajaan memberikan dua anugerah kepahlawanan tertinggi negara iaitu PGB dan SP kepadanya. Mengikut Kanang beliau adalah satu-satunya pahlawan negara yang mendapat dua anugerah itu yang diberikan kepada anggota pasukan keselamatan yang terbilang.

Kanang dianugerahkan Panglima Gagah Berani (PGB) pada 1980 dan Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) pada 1981 kerana jasanya mempertahankan negara sehingga ke titisan darah terakhir ketika berkhidmat dengan Angkatan Tentera Malaysia selama 25 tahun.

Bermula sebagai Iban tracker pada 1961, Kanang yang dilahirkan pada 1945, melalui pelbagai pengalaman dalam Sarawak Renjer (1963), Satu Renjer (1965), Lapan Renjer (1973) dan berhenti pada Jun 1985 sebagai Pegawai Waran 1 (PW1).  Anak kelahiran Simanggang, Sarawak ini juga pernah ditempatkan di Satu Infantri di Changi, Singapura; Jungle Warfare School di Ulu Tiram, Johor; First Royal Queen Guard Regiment di Melaka, First Royal New Zealand dan pasukan Komando di Sungai Udang, Melaka.

Namun pengalaman yang tidak dilupakan ialah bertugas di Perak di Pos Legam dan Pos Yom menentang komunis. Menurutnya, enam komunis berjaya ditumpaskan dalam gerakan yang kemas dan teratur di Perak. Dalam kejadian di Kinta beliau hampir-hampir terkorban akibat serangan daripada komunis. Beliau yang ditembak tiga kali tetap berdiri gagah membantu rakan yang cedera parah. Parut di sebelah kiri perut akan menjadi tanda ingatan dan kenangan dengan pembabitannya menghapus komunis di negara ini.

Setelah bersara, Kanang dijemput untuk memberi ceramah di pelbagai tempat terutamanya sekolah, institusi pengajian tinggi dan institusi latihan belia mengenai usaha pejuang negara memerdekakan negara ini daripada ancaman komunis.

Baginya, generasi sekarang amat beruntung kerana dapat menikmati kemerdekaan daripada usaha gigih pejuang veteran yang berjuang bermati-matian bagi memastikan negara ini terus merdeka daripada anasir dalam dan luar negara. Menurutnya, generasi sekarang seharusnya bersyukur dengan kestabilan politik dan ekonomi yang membolehkan mereka hidup dalam keadaan aman dan damai. Yang menghairankan, katanya, ada anak muda yang malas belajar walaupun pelbagai kemudahan disediakan oleh kerajaan.

Kanang yang kini menetap di Sri Aman, Sarawak mengucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang memberi kedua-dua anugerah itu ketika Pak Lah menjadi Menteri Pertahanan. Menurutnya, rakyat negara ini harus memberi sokongan padu kepada kepemimpinan Perdana Menteri dan timbalannya, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, untuk membawa Malaysia menjadi sebuah negara maju dan cemerlang.
sumber:
http://duniatiger.blogspot.com/2007/08/kanang-anak-langkau-pahlawan-negara.html

 
Temenggong Kanang Anak Langkau Dianugerah Gelaran Datuk
Ahad, September 25, 2011

KUCHING – Temenggong Kanang anak Langkau, 67 tahun, merupakan antara mereka yang menerima Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak “Panglima Gemilang Bintang Kenyalang” yang membawa gelaran “Datuk” daripada Yang Dipertua Negeri Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng hari ini.
Kanang berkata penganugerahan itu merupakan satu penghormatan kepada seorang pegawai rendah tentera sepertinya.

“Ia bukannya satu penganugerahan untuk diri sendiri sebaliknya untuk seluruh pegawai rendah seperti saya yang sanggup berjuang dan berkorban untuk negara,” katanya ketika ditemui Bernama selepas istiadat pengurniaan darjah dan pingat kebesaran sempena sambutan ulang tahun ke-90 Yang Dipertua Negeri Sarawak di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.
Kanang berkata beliau terharu dengan pengurniaan itu dan amat berterima kasih kepada kerajaan negeri serta rakan-rakan seperjuangan lain yang telah sama-sama berjuang dan berkorban untuk mempertahankan serta menjaga keselamatan negara.

Kanang yang menerima pingat Panglima Gagah Berani dan Seri Pahlawan Gagah Perkasa daripada Yang di-Pertuan Agong pada Jun 1981, mula berkhidmat dalam Sarawak Ranger sebagai Iban Tracker pada 1962 dan jawatan terakhirnya dalam Angkatan Tentera Malaysia ialah sebagai Pegawai Waran 1 sebelum bersara pada 1986.
Pada istiadat pengurniaan darjah dan pingat kebesaran itu, Speaker DUN Sarawak Datuk Seri Mohamad Asfia Awang Nasar, yang menerima darjah Bintang Kenyalang Sarawak dengan gelaran “Datuk Amar” mendahului senarai 909 penerima pingat dan darjah kebesaran negeri.

Selain Kanang, turut menerima darjah kebesaran Panglima Gemilang Bintang Kenyalang yang membawa gelaran “Datuk” ialah Menteri di Jabatan Ketua Menteri Datin Fatimah Abdullah; Menteri Muda Kemudahan Awam Syelvester Entri Muran; Menteri Muda Perancangan dan Pengurusan Sumber Naroden Majais; Menteri Muda Pelancongan dan Warisan Mong Dagang; ADUN Tarat Roland Sagah Wee Inn; Mej Jen Datuk Mazelan Kasap dan Brig Jen Stephen Mundaw.
Dua orang menerima darjah Jasa Bakti Sarawak yang membawa gelaran “Datu” iaitu Pengarah Perbendaharaan Persekutuan Sarawak Jabidah Monseri dan Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak Mahamed Ali Mohd Sheriff.

Seramai 13 lagi menerima darjah Panglima Setia Bintang Sarawak yang membawa gelaran “Dato” iaitu Hakim Mahkamah Tinggi Rhodzariah Bujang; Rektor Universiti Teknologi Mara Sarawak Prof Dr Jamil Hamali; Pengurus Besar Kanan Bahagian Hal Ehwal Korporat Kumpulan Petronas Mohammad Medan Abdullah; Ketua Wanita Parti Rakyat Bersatu Sarawak Datin Janet Lau Ung Mie; pakar bedah kardiotorasik Pusat Perubatan Pakar Normah Dr Liew Wee Lik; Presiden Persatuan Melanau Miri Alexander Maiyor; Ketua Pegawai Eksekutif/Ketua Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri Mohamad Sais Ahmad; Presiden Persatuan Melayu Miri Wan Morshidi Tuanku Abdul Rahman; bekas ADUN Lambir Usop Wahap@Sani Wahap; Ketua Pegawai Eksekutif Sacofa Sdn Bhd Abang Jemat Abang Bujang; bekas Pengarah Penjara Sarawak Abang Talhata Abang Hazemi; ahli perniagaan Koh Yaw Hui dan Datin Rugayah Abdul Majid.
Naib Presiden dan juga Pengarah Urusan Hitachi Global Storage Technologies Seyed Ali Dabier Moghaddam menerima darjah Panglima Setia Bintang Kenyalang Sarawak-Kehormat yang turut membawa kepada gelaran “Dato”. – BERNAMA

Tak mati jantung kena peluru

TANGGAL 3 Januari lalu, negara dikejutkan dengan berita pemergian seorang pahlawan yang terkenal dengan sifat keberaniannya mempertahankan negara daripada ancaman komunis.
Datuk Temenggong Kanang Anak Langkau, 68, disahkan meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak (HUS), pada pukul 1.45 pagi, dua jam selepas beliau dilaporkan rebah di rumahnya di Sungai Apong, Kuching, Sarawak.
Anak jati Sarawak yang dilahirkan di Julau pada 2 Mac 1945 itu meninggalkan seorang isteri, Datin Brawang Chunggot, 55, dan enam orang anak serta lapan cucu hasil perkahwinannya dengan isteri pertama, Helen Latai Intie yang meninggal dunia akibat kanser pada Januari 2011.
Mendiang berkesempatan meriwayatkan perjuangannya melalui beberapa wawancara dan pengkisahan perjuangannya, bagaimanapun filem yang bertajuk Kanang Anak Langkau belum sempat disiapkan semasa hayatnya.
Ditembak
Mendiang sebelum ini pernah disangka meninggal dunia apabila tidak sedarkan diri selama seminggu dan terlantar di hospital selama 14 bulan akibat terkena tembakan dalam pertempuran dengan komunis di hutan Tanah Hitam, Perak pada 8 Februari 1980.
Dalam kejadian itu, Kanang ditembak tiga kali dan hampir menemui ajal selepas peluru mengenai jantung, merosakkan satu buah pinggang, selain usus perut terburai.
Kanang yang bersara daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan pangkat terakhir sebagai Pegawai Waran 1 merupakan penerima tunggal dua pingat keberanian utama negara iaitu Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) dan Panglima Gagah Berani (PGB).
Sebagai renjer yang terkenal dengan moto 'Agi idup agi ngelaban' (Berjuang selagi masih hidup), Kanang diingati sebagai perwira negara yang unggul dan tidak takut mati demi mempertahankan negara daripada ancaman komunis, selain terbabit dalam konfrontasi dan kekacauan di Brunei ketika berkhidmat dengan Tentera British.
Mengimbas sedikit latar belakang wira negara ini, Kanang merupakan anak kelima daripada enam orang adik-beradik. Ketika kecil, ibu bapanya berpisah dan beliau dipelihara oleh datuk dan neneknya.
Kanang yang berasal daripada komuniti Dayak (Iban) itu bersekolah hingga darjah tiga di Sekolah Local Authority sebelum melakukan pelbagai kerja seperti menjadi tukang masak, penoreh getah dan mengangkut penumpang dengan menggunakan perahu berenjin.
Beliau menjadi tentera secara kebetulan setelah dipelawa seorang anggota tentera British ketika menghantar 20 orang pemuda yang hendak menghadiri temu duga bagi menyertai Iban Tracker di sebuah sekolah berhampiran kampungnya.
Kanang kemudian diserap ke dalam Renjer Malaysia setahun selepas itu apabila Persekutuan Malaysia diisytiharkan pada 16 September 1963.
Pada awal 1962, beliau menyertai Jungle Warfare School di Ulu Tiram, Johor selama tiga bulan sebelum berkhidmat dengan unit 42nd Royal Marine Commandos yang berpangkalan di Johor.
Pada 1963, apabila Presiden Sukarno (ketika itu) melancarkan Konfrontasi Ganyang Malaysia, beliau antara anggota pasukan pertama dihantar ke Kota Tinggi, Johor untuk menghalang kemasukan tentera Indonesia.
Beliau juga pernah bertugas dengan unit 1st Royal New Zealand Army di Sarawak ketika zaman konfrontasi, kemudian berkhidmat dengan Sarawak Rangers yang akhirnya menjadi kumpulan trackers profesional pertama dalam 1st Ranger Regiment ATM.
Pada 19 Februari 1980, Platun Risik Gempur (UCIS) 8 Renjer diketuai Kapten Johnson Anak Meling dibantu oleh Kanang yang ketika itu berpangkat Sarjan, ditugaskan ke kawasan tanah hitam di Perak untuk menjejak segerombolan pengganas komunis yang menembak mati seorang anggota 25 RAMD (Rejimen Askar Melayu Diraja) beberapa hari sebelumnya.
Pada mula operasi itu, Kanang berjaya mengesan jerangkap samar, tetapi digempur musuh sehingga cedera parah di perut dan belakang. Namun dengan semangat waja demi mempertahankan negara, beliau tidak menyerah kalah, sebaliknya terus bersabung nyawa melawan musuh.
Mengenang jasanya membunuh musuh tanpa menghiraukan kecederaannya, Kanang dianugerah Pingat SP pada 3 Jun 1981 manakala pingat PGB pada 7 Jun 1987.


 
Kanang meneruskan khidmat sebagai jurulatih di Sekolah Tempur Pegawai Muda dan pada 1 Mei 1981, beliau dinaikkan pangkat sebagai Staf Sarjan dan seterusnya menjadi Kuatermaster Sarjan.
Pada 1 Oktober 1980, dia dinaikkan pangkat sebagai Pegawai Waran II dan Pegawai Waran I pada 17 Ogos 1985. Kanang bersara pada 30 Mei 1986 selepas berkhidmat selama 21 tahun.
Bagi mengisi masa terluang, beliau aktif memberikan ceramah kenegaraan di seluruh negara selain dilantik sebagai Temenggong Bahagian Sri Aman pada 2009.
Antara sumbangan utama beliau selepas bersara ialah menjayakan Ops Mai Pulai (Ops Bawa Balik).
Melalui operasi berkenaan, rangka 21 anggota Iban Trackers dan Sarawak Rangers yang terkorban di Semenanjung dan Singapura ketika menentang komunis sekitar 1948 hingga 1963 dibawa balik ke Sarawak untuk dikebumikan di Makam Pahlawan, Kuching pada 27 Julai 2011.
Wirawan contoh
Pencetus idea berkenaan, Leftenan Kolonel (B) Robert Rizal Abdullah berkata, Kanang memainkan peranan penting dalam usaha itu malah menganggotai jawatankuasanya sejak 2009.
Katanya, Kanang merupakan seorang yang komited walaupun operasi berkenaan pada mulanya hampir menemui kebuntuan sebelum penglibatan Kerajaan Negeri Sarawak.
"Dia seorang yang amat bertanggungjawab dan kita berikannya peranan untuk melaksanakan tugas-tugas khas. Tanpa Kanang, mungkin operasi itu tidak akan berjaya.
"Kanang juga mengetuai operasi penggalian kubur-kubur pejuang terbabit di Kuala Lumpur dan Taiping, Perak malah menyempurnakan upacara khas 'Miring Nyambut Bujang Berani Turun Sembilan'," ujarnya.
Kanang disifatkan sebagai seorang wirawan contoh yang mengukir nama dengan darah serta air mata.
Menurut penulis buku biografi Kanang: Cerita Seorang Pahlawan, Mejar (B) Dr. Maznan Noordin, tidak akan ada manusia seperti Kanang selepas ini kecuali jika berlaku lagi peperangan di negara ini.
Jelas beliau, Kanang adalah ikon patriotisme yang akan abadi di hati rakyat buat selamanya kerana sanggup mengorbankan nyawa demi menyelamatkan maruah dan kedaulatan negara.
"Mendiang dan anggota tentera lain begitu berani dan bersemangat apabila berdepan dengan musuh, ini digambarkan dalam Operasi Pukat yang mana Kanang berjuang habis-habisan menentang pengganas komunis.
"Mendiang telah cedera parah ketika bertempur dengan pengganas komunis, namun Kanang meminta rakan-rakan dalam pasukannya meneruskan perjuangan menentang kumpulan pengganas berkenaan.
Kosmo/2013

 

 
Kanang penerima tunggal kedua-dua pingat
TANGGAL 23 September lalu menjadi hari yang sungguh bermakna kepada bekas Pegawai Waran 1, Kanang Anak Langkau selepas dianugerahkan pingat Panglima Gemilang Bintang Kenyalang (PGBK) sempena ulang tahun ke-90 Yang Dipertua Negeri Sarawak. Ia juga menjadi anugerah dan pengiktirafan ketiga diperoleh beliau bagi mengenang jasanya bergelar tentera dalam memerangi komunis, musuh nombor satu negara, satu ketika dulu.

Barangkali ramai tidak tahu, Kanang yang baru kini bergelar Datuk adalah satu-satunya penerima anugerah tertinggi negara, Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) dan Panglima Gagah Berani (PGB) yang masih hidup, selain penerima tunggal kedua-dua anugerah berkenaan.

Sebagai renjer yang terkenal dengan moto ‘Agi Idup Agi Ngalaban’ (berjuang selagi masih hidup) Kanang diingati sebagai perwira negara yang unggul dan tidak takut mati demi mempertahankan negara daripada ancaman komunis, selain terbabit dalam konfrontasi dan kekacauan di Brunei ketika berkhidmat dengan Tentera Britain.
Mengimbas sedikit latar belakang wira negara ini, Kanang mula berkhidmat dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan bertugas di perbatasan untuk mempertahankan kedaulatan negara daripada ancaman musuh, khususnya komunis, sejak awal 1960-an.

Berasal dari Kampung Melaun, Julau, Sarawak, beliau yang dilahirkan pada 2 Jun 1940 dan mempunyai kepakaran meneroka dan memburu di hutan, menganggotai ATM pada 1961 sebagai Iban ‘tracker’.

Pada awal 1962, beliau menyertai Jungle Warfare School di Ulu Tiram, Johor selama tiga bulan sebelum berkhidmat dengan unit 42nd Royal Marine Commandos yang berpangkalan di Johor. Pada 1963, apabila Presiden Sukarno (ketika itu) melancarkan Konfrontasi Ganyang Malaysia, beliau antara anggota pasukan pertama dihantar ke Kota Tinggi, Johor untuk menghalang kemasukan tentera Indonesia.

Beliau juga pernah bertugas dengan unit 1st Royal New Zealand Army di Sarawak ketika zaman konfrontasi, kemudian berkhidmat dengan Sarawak Rangers yang akhirnya menjadi kumpulan ‘trackers’ profesional pertama dalam 1st Ranger Regiment ATM.

Pada 19 Februari 1980, Platun Risik Gempur (UCIS) 8 Renjer diketuai Kapt Johnson anak Meling dibantu oleh Kanang (ketika itu berpangkat Sarjan) ditugaskan ke kawasan tanah hitam di Perak untuk menjejak segerombolan pengganas komunis yang menembak mati seorang anggota 25 RAMD beberapa hari sebelumnya. Inilah peristiwa bersejarah dalam hidup Kanang bergelar tentera dan keberanian beliau dalam memerangi komunis ketika itu sungguh membanggakan.

Pada mula operasi itu, Kanang berjaya mengesan jerangkap samar, tetapi digempur musuh sehingga cedera parah di perut dan belakang. Namun dengan semangat waja demi mempertahankan negara, beliau tidak menyerah kalah, sebaliknya terus bersabung nyawa melawan musuh. Selepas serangan itu, beliau bergelut untuk meneruskan hidup dan terpaksa ditahan di hospital selama 14 bulan.

Mengenang jasanya membunuh musuh tanpa menghiraukan kecederaannya, Kanang dianugerah Pingat SP pada 3 Jun 1981. Beliau dikurniakan pingat PGB pada 7 Jun 1987. Selepas berkhidmat dan menabur jasa kepada negara lebih 21 tahun, PW1 Kanang Anak Langkau bersara daripada ATM pada 30 Mei 1986. Beliau kini menetap di tanah tumpah darahnya di Sarawak dan meneruskan kehidupan sebagai orang biasa dengan berbakti kepada tanah di bumi Kenyalang.
Sumber: http://www.hmetro.com.my/

 
[3] Kisah Iban Trackers: Sarjan Mejar (B) Sengalang anak Uyang
Detik pilu kekal dalam ingatan

USIANYA kini 76 tahun, tetapi semangat juang bekas anggota Iban Trackers, Sarjan Mejar (B) Sengalang anak Uyang, masih membara apatah lagi apabila terkenangkan kejadian meragut nyawa rakan sepasukannya, Nyambik anak Pasang, di Sungai Siput, Perak, 53 tahun lalu.

Bagi Sengalang, walaupun peristiwa yang juga hampir meragut nyawanya itu sudah lebih setengah abad berlalu, terlalu sukar untuk melupakannya, malah ia menjadi segar semula dengan kembalinya rangka Nyambik ke tanah kelahirannya 26 Julai lalu selepas sekian lama dikebumikan di perantauan.

Menceritakan detik tragis itu, Sengalang berkata, sebutir peluru senjata komunis yang terkena tepat di dada Nyambik hampir merobek tubuhnya juga.

"Ketika diserang, kami sedang meronda. Nyambik berjalan di sebelah saya, manakala dua lagi termasuk pegawai tentera British yang mengetuai kami iaitu Mejar Bruce Mary, turut sama dalam rondaan di Jalan Jelapang itu berjalan di barisan belakang.

"Ketika kami meninjau keadaan sekeliling, tiba-tiba musuh melepaskan tembakan dan saya terasa peluru melintasi depan saya dan dalam sekelip mata, Nyambik menjerit kerana tembakan itu terkena tepat di dadanya menyebabkan dia rebah dan menghembuskan nafas terakhirnya di depan mata saya," katanya.

Melihat Nyambik sudah terkena tembakan musuh, Senggalang bersama dua lagi rakan termasuk Bruce hilang sabar lalu mengejar pengganas itu dan berjaya menembak mati tiga daripada mereka.

Sengalang berkata, peristiwa 10 Jun 1958 itu detik paling menyayat hati pernah dialaminya ketika menyertai Iban Trackers membantu tentera British bertempur dengan pengganas komunis.

"Peristiwa itu memang cukup memilukan kerana ia membabitkan nyawa rakan baik saya yang datang dari Sarawak, semata-mata untuk berkorban nyawa membantu British menghadapi tentangan bersenjata pengganas komunis di Malaya.

"Selepas Nyambik rebah dan menghembuskan nafas terakhir, kami langsung tidak memikirkan keselamatan diri kerana satu saja matlamat ketika itu, membalas dendam atas kematiannya dan hingga kini, laungan 'Agi Idup Agi Ngelaban' membuatkan saya terus bersemangat untuk berjuang," katanya yang berasal dari Rumah John, Sungai Mujung, Kapit.

Bagaimanapun, situasi berbeza dialami Bala anak Utut, 73, apabila terpisah dengan abangnya Ugap yang terkorban dalam pertempuran di Taiping, Perak pada 28 Januari 1954.

"Apabila keranda kecil terpampang nama abang, saya menangis kerana tidak mampu menahan kesedihan akibat terpisah kira-kira 57 tahun lalu.

"Kami berdua ke Malaya kerana dipanggil membantu tentera British sekitar 1953, tetapi terpaksa pulang bersendirian ke Sarawak kerana abang menemui ajal, setahun kemudian," katanya.

 

Thursday, 15 December 2016

Penyediaan Cadangan Kajian

Cadangan Kajian mesi disediakan terlebih dahulu sebelum kajian dimulakan. Ia merupakan kerangka kajian dan esei ilmiah yang akan dilaksanakan.

Penulisan Esei Ilmiah Sejarah

Maklumat yang diperlukan dalam Penulisan Esei Ilmiah Sejarah 940/4



1. SUMBER SEJARAHhttp://sejstpm.blogspot.com/2016/12/sumber-sejarah.html


2. FORMAT PENULISAN BIBLIOGRAFI & NOTA HUJUNG GAYA CHICAGOhttp://sejstpm.blogspot.com/2016/12/format-penulisan-bibliografi-dan-nota.html


3. PENYEDIAAN CADANGAN KAJIAN: http://sejstpm.blogspot.com/2016/12/penyediaan-cadangan-kajian.html

 
 




~Akan ditambah dari masa ke semasa~

Sumber Sejarah


Format Penulisan Bibliografi Dan Nota Hujung Gaya Chicago


Faktor Pembentukan Negara Bangsa Mesir

 
 Peta Mesir
Sumber: Wikipedia



Faktor Pembentukan Negara Bangsa Turki

Turki pada hari ini
Sumber: Wikipedia
 
 

Penglibatan Kerajaan Uthmaniyah dalam Perang Dunia Pertama

 
 

 

 
 
 



Faktor Kemunculan Gerakan Nasionalisme di Syria dan Mesir


Pemerintahan di Algeria Pada Abad ke-19 hingga ke-20


Pemerintahan di Mesir Abad ke-19 hingga ke-20


Faktor Peluasan Kuasa Barat Terhadap Terajaan Uthmaniyah


Kemerosotan Kerajaan Uthmaniyah


Diponegoro


Raja Thibaw