[1]
Kisah Pahlawan Hebat Iban Trackers: Awang Raweng
Lawan
Komunis Seorang Diri
Oleh ZAAIN ZINpengarang@utusan.com.my
ARKIB : 02/08/2012 Utusan Online
SRI AMAN 1 Ogos - Sejak 61 tahun
lalu, bekas anggota Iban Trackers, Awang Raweng telah 20 kali terbang ke London
untuk menghadiri majlis perjumpaan semula Batalion Pertama Rejimen Hutan
Worcestershire and Sherwood. Kali terakhir lelaki Iban berusia 83 tahun itu ke
sana adalah pada 27 Mei lalu.
Menariknya, kehadiran Awang ke majlis itu bukan sebagai tetamu biasa,
sebaliknya dia dianggap orang kenamaan dan disambut serta dirai sebagai wira.
Lebih menarik, dia turut diberi peluang menghadap Ratu Elizabeth II serta
kerabat diraja lain di Istana Buckingham, di samping menerima elaun khas £100
(RM494) setiap bulan daripada kerajaan Britain. Demikian keistimewaan yang
diberikan kepada anak kelahiran Sri Aman, Sarawak itu sejak dia menerima pingat
keberanian tertinggi Britain iaitu George Cross pada 1951."Saya bukan siapa-siapa, cuma orang kampung dan tidak layak dilayan seperti orang kenamaan. Namun, disebabkan mempunyai George Cross, saya terus menerima layanan kelas pertama sepanjang berada di sana," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini.
Sehingga kini, hanya 25 penerima George Cross yang masih hidup dan mereka terdiri daripada veteran perang di seluruh dunia yang pernah berkhidmat secara langsung atau tidak langsung dengan kerajaan Britain sejak perang dunia kedua.
Di Malaysia, George Cross setaraf dengan pingat Panglima Gagah Berani (PGB). Pingat yang dinamakan sempena King George VI itu dianugerahkan kepada Awang bagi mengiktiraf jasanya menentang kira-kira 50 komunis di hutan Kluang, Johor secara bersendirian untuk menyelamatkan beberapa tentera British yang cedera dalam satu pertempuran.
Diminta berkongsi pengalaman cemas itu, Awang memberitahu, dia datang ke Tanah Melayu sebagai Iban Trackers pada Disember 1950 dan diserap masuk ke dalam Rejimen Hutan Worcestershire and Sherwood yang berpangkalan di Kluang. Kata bapa kepada enam cahaya mata itu, ketika menjejaki komunis di hutan Kluang setahun kemudian, kumpulannya yang terdiri daripada 25 anggota diserang hendap kira-kira 50 musuh.
"Tiga orang askar British maut ditembak manakala tiga lagi cedera parah. Selebihnya berundur ke kem untuk mendapatkan bantuan meninggalkan saya seorang diri bersama rakan yang cedera.
"Saya tidak sampai hati meninggalkan mereka yang cedera parah dan memutuskan untuk terus melawan komunis menggunakan beberapa laras senapang dan grenad yang ditinggalkan rakan-rakan," katanya yang ketika itu baru berusia 22 tahun.
Menurut Awang, dia kemudiannya ternampak salah seorang askar British yang cedera di kaki sedang terbaring kesakitan dan terdedah kepada tembakan musuh. "Tanpa berfikir panjang, saya segera keluar dari tempat persembunyian dan menarik askar yang cedera itu. Pada masa itu, saya terkena dua das tembakan, masing-masing di pangkal paha dan lengan.
"Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa sakitnya terkena tembakan. Namun, saya memberanikan diri untuk terus menembak dan melempar grenad ke arah musuh bertalu-talu. Hampir sejam kemudian, musuh akhirnya melarikan diri. Mungkin mereka ingat kami ramai, padahal ketika itu, cuma saya seorang sahaja," katanya. Akibat peristiwa itu, Awang dirawat di hospital selama lima bulan manakala tentera British yang diselamatkannya, Griff Hughes terpaksa dipotong kaki kanan.
Setelah 60 tahun berlalu, keberanian Awang yang secara tidak langsung mengharumkan nama negara akhirnya diiktiraf apabila dianugerahkan Pingat Jasa Malaysia (PJM) sempena sambutan Hari Peringatan Perang Sarawak pada tahun lalu.
"Saya gembira kerana kerajaan kita akhirnya menghargai khidmat bakti saya," katanya yang kini menjadi Tuai Rumah di Nanga Skrang, Sri Aman.
Bekas Iban Tracker terima Pingat Jasa Malaysia
2012/01/20
WALAUPUN selepas lebih setengah abad beliau bertempur di Kluang, Johor, Awang anak Raweng, terus menerima pengiktirafan kerajaan dengan pengurniaan Pingat Jasa Malaysia (PJM) sebagai mengenang jasa dan pengorbanan yang pernah dicurahkan demi keselamatan negara.
Awang, 86, bekas Iban Tracker yang pernah berkhidmat dengan Worcestershire and Sherwood Foresters Regiment, menerima PJM sempena sambutan Hari Peringatan Perang Sarawak, di Tugu Pahlawan di Tebingan Kuching, di sini, baru-baru ini. Beliau yang juga satu-satunya rakyat Malaysia menerima pingat keberanian George Cross daripada kerajaan British, bangga dengan pengurniaan PJM itu dan tidak menyangka, pengorbanannya masih terus diingati. “Saya tua dan sudah terlalu lama peristiwa pertempuran di Kluang itu berlalu. Rupa-rupanya kerajaan masih terus mengingati perjuangan orang lama seperti saya. Terima kasih, walaupun tidak membawa sebarang gelaran, PJM ini amat besar ertinya buat saya kerana ia menunjukkan perjuangan kami tidak pernah dilupakan,” katanya.
Awang yang kini menetap di Nanga Skrang, Sri Aman, dianugerahkan George Cross daripada Ratu England, kerana keberaniannya. Beliau antara 25 penerima anugerah pingat George Cross yang masih hidup dan dijemput ke England setiap tahun sebagai tetamu kehormat pada hari ulang tahun Ratu Elizabeth II, selain menerima kira-kira RM5,000 setiap tahun daripada kerajaan Britain.
Bekas tentera British, Mejar (B) Victor Greenwood, 65, yang pernah berkhidmat dengan Royal Logistic Corps turut berterima kasih kepada Malaysia kerana mengiktiraf perkhidmatannya ketika bertugas di Sarawak pada 1965 ketika era Konfrontasi Indonesia-Malaysia. Greenwood, anak kelahiran Lanchester, England, mula menyertai tentera pada 1964 dan bersara pada 1993 turut menerima PJM yang disampaikan Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Alfred Jabu anak Numpang.
Selain Awang dan Greenwood, turut menerima PJM pada majlis itu, beberapa bekas tentera yang pernah terbabit dalam peperangan menentang insurgensi pada zaman darurat hingga pengganas komunis mengisytiharkan menamatkan perjuangan pada 1989. Mereka ialah Kapten (B) Kong Tong Gnoh dari Rejimen Renjer Diraja, Kapten (B) George Kurka Maja (Rejimen Diraja), PW I (B) M Gunasagran (Kor Perkhidmatan Diraja), PW I (B) Bingkok Mambang (Rejimen Renjer Diraja), PW I (B) Ubang Kendawang (Rejimen Renjer Diraja), PW I (B) Nawdin Bujang (Tentera Laut Diraja Malaysia), Able Rate (B) Abdul Rahman Sapawi (Tentera Laut Diraja Malaysia), PW I (B) Nordin Amat (Tentera Udara Diraja Malaysia) dan Sjn (B) Rahmah Omar (Tentera Udara Diraja Malaysia).
[2] Kisah Pahlawan Negara: Kanang anak Langkau
Wednesday, August 22, 2007
Agustine, Evelyn, Merylin, Puline, Judith dan Langge, saya amat berbangga dapat bertemu dengan ayah saudara-saudari, Kanang anak Langkau di Perhimpunan Perdana Veteran Merdeka di Melaka pada 17 Ogos lalu.
Saya yakin anda semua juga berbangga mempunyai seorang bapa yang dihormati kerana darah kepahlawanannya terbilang dalam mempertahankan bumi bertuah ini. Ibu anda, Helen Latai Ini, pasti beruntung memiliki suami yang keberaniannya amat luar biasa. Tidak hairanlah kerajaan memberikan dua anugerah kepahlawanan tertinggi negara iaitu PGB dan SP kepadanya. Mengikut Kanang beliau adalah satu-satunya pahlawan negara yang mendapat dua anugerah itu yang diberikan kepada anggota pasukan keselamatan yang terbilang.
Kanang dianugerahkan Panglima Gagah Berani (PGB) pada 1980 dan Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) pada 1981 kerana jasanya mempertahankan negara sehingga ke titisan darah terakhir ketika berkhidmat dengan Angkatan Tentera Malaysia selama 25 tahun.
Bermula sebagai Iban tracker pada 1961, Kanang yang dilahirkan pada 1945, melalui pelbagai pengalaman dalam Sarawak Renjer (1963), Satu Renjer (1965), Lapan Renjer (1973) dan berhenti pada Jun 1985 sebagai Pegawai Waran 1 (PW1). Anak kelahiran Simanggang, Sarawak ini juga pernah ditempatkan di Satu Infantri di Changi, Singapura; Jungle Warfare School di Ulu Tiram, Johor; First Royal Queen Guard Regiment di Melaka, First Royal New Zealand dan pasukan Komando di Sungai Udang, Melaka.
Namun pengalaman yang tidak dilupakan ialah bertugas di Perak di Pos Legam dan Pos Yom menentang komunis. Menurutnya, enam komunis berjaya ditumpaskan dalam gerakan yang kemas dan teratur di Perak. Dalam kejadian di Kinta beliau hampir-hampir terkorban akibat serangan daripada komunis. Beliau yang ditembak tiga kali tetap berdiri gagah membantu rakan yang cedera parah. Parut di sebelah kiri perut akan menjadi tanda ingatan dan kenangan dengan pembabitannya menghapus komunis di negara ini.
Setelah bersara, Kanang dijemput untuk memberi ceramah di pelbagai tempat terutamanya sekolah, institusi pengajian tinggi dan institusi latihan belia mengenai usaha pejuang negara memerdekakan negara ini daripada ancaman komunis.
Baginya, generasi sekarang amat beruntung kerana dapat menikmati kemerdekaan daripada usaha gigih pejuang veteran yang berjuang bermati-matian bagi memastikan negara ini terus merdeka daripada anasir dalam dan luar negara. Menurutnya, generasi sekarang seharusnya bersyukur dengan kestabilan politik dan ekonomi yang membolehkan mereka hidup dalam keadaan aman dan damai. Yang menghairankan, katanya, ada anak muda yang malas belajar walaupun pelbagai kemudahan disediakan oleh kerajaan.
Kanang yang kini menetap di Sri Aman, Sarawak mengucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang memberi kedua-dua anugerah itu ketika Pak Lah menjadi Menteri Pertahanan. Menurutnya, rakyat negara ini harus memberi sokongan padu kepada kepemimpinan Perdana Menteri dan timbalannya, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, untuk membawa Malaysia menjadi sebuah negara maju dan cemerlang.
sumber: http://duniatiger.blogspot.com/2007/08/kanang-anak-langkau-pahlawan-negara.html
KUCHING – Temenggong Kanang anak Langkau, 67
tahun, merupakan antara mereka yang menerima Darjah Utama Yang Amat Mulia
Bintang Kenyalang Sarawak “Panglima Gemilang Bintang Kenyalang” yang membawa
gelaran “Datuk” daripada Yang Dipertua Negeri Tun Abang Muhammad Salahuddin
Abang Barieng hari ini.
Kanang berkata penganugerahan itu merupakan satu
penghormatan kepada seorang pegawai rendah tentera sepertinya.
“Ia bukannya satu penganugerahan untuk diri
sendiri sebaliknya untuk seluruh pegawai rendah seperti saya yang sanggup
berjuang dan berkorban untuk negara,” katanya ketika ditemui Bernama selepas
istiadat pengurniaan darjah dan pingat kebesaran sempena sambutan ulang tahun
ke-90 Yang Dipertua Negeri Sarawak di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) di
sini hari ini.
Kanang berkata beliau terharu dengan pengurniaan
itu dan amat berterima kasih kepada kerajaan negeri serta rakan-rakan
seperjuangan lain yang telah sama-sama berjuang dan berkorban untuk
mempertahankan serta menjaga keselamatan negara.
Kanang yang menerima pingat Panglima Gagah
Berani dan Seri Pahlawan Gagah Perkasa daripada Yang di-Pertuan Agong pada Jun
1981, mula berkhidmat dalam Sarawak Ranger sebagai Iban Tracker pada 1962 dan
jawatan terakhirnya dalam Angkatan Tentera Malaysia ialah sebagai Pegawai Waran
1 sebelum bersara pada 1986.
Pada istiadat pengurniaan darjah dan pingat
kebesaran itu, Speaker DUN Sarawak Datuk Seri Mohamad Asfia Awang Nasar, yang
menerima darjah Bintang Kenyalang Sarawak dengan gelaran “Datuk Amar”
mendahului senarai 909 penerima pingat dan darjah kebesaran negeri.
Selain Kanang, turut menerima darjah kebesaran
Panglima Gemilang Bintang Kenyalang yang membawa gelaran “Datuk” ialah Menteri
di Jabatan Ketua Menteri Datin Fatimah Abdullah; Menteri Muda Kemudahan Awam
Syelvester Entri Muran; Menteri Muda Perancangan dan Pengurusan Sumber Naroden
Majais; Menteri Muda Pelancongan dan Warisan Mong Dagang; ADUN Tarat Roland
Sagah Wee Inn; Mej Jen Datuk Mazelan Kasap dan Brig Jen Stephen Mundaw.
Dua orang menerima darjah Jasa Bakti Sarawak yang
membawa gelaran “Datu” iaitu Pengarah Perbendaharaan Persekutuan Sarawak
Jabidah Monseri dan Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak
Mahamed Ali Mohd Sheriff.
Seramai 13 lagi menerima darjah Panglima Setia
Bintang Sarawak yang membawa gelaran “Dato” iaitu Hakim Mahkamah Tinggi
Rhodzariah Bujang; Rektor Universiti Teknologi Mara Sarawak Prof Dr Jamil
Hamali; Pengurus Besar Kanan Bahagian Hal Ehwal Korporat Kumpulan Petronas
Mohammad Medan Abdullah; Ketua Wanita Parti Rakyat Bersatu Sarawak Datin Janet
Lau Ung Mie; pakar bedah kardiotorasik Pusat Perubatan Pakar Normah Dr Liew Wee
Lik; Presiden Persatuan Melanau Miri Alexander Maiyor; Ketua Pegawai
Eksekutif/Ketua Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri Mohamad Sais Ahmad;
Presiden Persatuan Melayu Miri Wan Morshidi Tuanku Abdul Rahman; bekas ADUN
Lambir Usop Wahap@Sani Wahap; Ketua Pegawai Eksekutif Sacofa Sdn Bhd Abang
Jemat Abang Bujang; bekas Pengarah Penjara Sarawak Abang Talhata Abang Hazemi;
ahli perniagaan Koh Yaw Hui dan Datin Rugayah Abdul Majid.
Naib Presiden dan juga Pengarah Urusan Hitachi
Global Storage Technologies Seyed Ali Dabier Moghaddam menerima darjah Panglima
Setia Bintang Kenyalang Sarawak-Kehormat yang turut membawa kepada gelaran
“Dato”. – BERNAMA
Tak mati jantung kena peluru
TANGGAL 3
Januari lalu, negara dikejutkan dengan berita pemergian seorang pahlawan yang
terkenal dengan sifat keberaniannya mempertahankan negara daripada ancaman
komunis.
Datuk
Temenggong Kanang Anak Langkau, 68, disahkan meninggal dunia di Hospital Umum
Sarawak (HUS), pada pukul 1.45 pagi, dua jam selepas beliau dilaporkan rebah di
rumahnya di Sungai Apong, Kuching, Sarawak.
Anak jati
Sarawak yang dilahirkan di Julau pada 2 Mac 1945 itu meninggalkan seorang
isteri, Datin Brawang Chunggot, 55, dan enam orang anak serta lapan cucu hasil
perkahwinannya dengan isteri pertama, Helen Latai Intie yang meninggal dunia
akibat kanser pada Januari 2011.
Mendiang
berkesempatan meriwayatkan perjuangannya melalui beberapa wawancara dan
pengkisahan perjuangannya, bagaimanapun filem yang bertajuk Kanang Anak
Langkau belum sempat disiapkan semasa hayatnya.
Ditembak
Mendiang
sebelum ini pernah disangka meninggal dunia apabila tidak sedarkan diri selama
seminggu dan terlantar di hospital selama 14 bulan akibat terkena tembakan
dalam pertempuran dengan komunis di hutan Tanah Hitam, Perak pada 8 Februari
1980.
Dalam
kejadian itu, Kanang ditembak tiga kali dan hampir menemui ajal selepas peluru
mengenai jantung, merosakkan satu buah pinggang, selain usus perut terburai.
Kanang
yang bersara daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan pangkat terakhir
sebagai Pegawai Waran 1 merupakan penerima tunggal dua pingat keberanian utama
negara iaitu Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) dan Panglima Gagah Berani (PGB).
Sebagai
renjer yang terkenal dengan moto 'Agi idup agi ngelaban' (Berjuang selagi masih
hidup), Kanang diingati sebagai perwira negara yang unggul dan tidak takut mati
demi mempertahankan negara daripada ancaman komunis, selain terbabit dalam
konfrontasi dan kekacauan di Brunei ketika berkhidmat dengan Tentera British.
Mengimbas
sedikit latar belakang wira negara ini, Kanang merupakan anak kelima daripada
enam orang adik-beradik. Ketika kecil, ibu bapanya berpisah dan beliau
dipelihara oleh datuk dan neneknya.
Kanang
yang berasal daripada komuniti Dayak (Iban) itu bersekolah hingga darjah tiga
di Sekolah Local Authority sebelum melakukan pelbagai kerja seperti menjadi
tukang masak, penoreh getah dan mengangkut penumpang dengan menggunakan perahu
berenjin.
Beliau
menjadi tentera secara kebetulan setelah dipelawa seorang anggota tentera
British ketika menghantar 20 orang pemuda yang hendak menghadiri temu duga bagi
menyertai Iban Tracker di sebuah sekolah berhampiran kampungnya.
Kanang
kemudian diserap ke dalam Renjer Malaysia setahun selepas itu apabila
Persekutuan Malaysia diisytiharkan pada 16 September 1963.
Pada awal
1962, beliau menyertai Jungle Warfare School di Ulu Tiram, Johor selama tiga
bulan sebelum berkhidmat dengan unit 42nd Royal Marine Commandos yang
berpangkalan di Johor.
Pada
1963, apabila Presiden Sukarno (ketika itu) melancarkan Konfrontasi Ganyang
Malaysia, beliau antara anggota pasukan pertama dihantar ke Kota Tinggi, Johor
untuk menghalang kemasukan tentera Indonesia.
Beliau
juga pernah bertugas dengan unit 1st Royal New Zealand Army di Sarawak ketika
zaman konfrontasi, kemudian berkhidmat dengan Sarawak Rangers yang akhirnya
menjadi kumpulan trackers profesional pertama dalam 1st Ranger Regiment
ATM.
Pada 19
Februari 1980, Platun Risik Gempur (UCIS) 8 Renjer diketuai Kapten Johnson Anak
Meling dibantu oleh Kanang yang ketika itu berpangkat Sarjan, ditugaskan ke
kawasan tanah hitam di Perak untuk menjejak segerombolan pengganas komunis yang
menembak mati seorang anggota 25 RAMD (Rejimen Askar Melayu Diraja) beberapa
hari sebelumnya.
Pada mula
operasi itu, Kanang berjaya mengesan jerangkap samar, tetapi digempur musuh
sehingga cedera parah di perut dan belakang. Namun dengan semangat waja demi
mempertahankan negara, beliau tidak menyerah kalah, sebaliknya terus bersabung
nyawa melawan musuh.
Mengenang
jasanya membunuh musuh tanpa menghiraukan kecederaannya, Kanang dianugerah
Pingat SP pada 3 Jun 1981 manakala pingat PGB pada 7 Jun 1987.
Kanang
meneruskan khidmat sebagai jurulatih di Sekolah Tempur Pegawai Muda dan pada 1
Mei 1981, beliau dinaikkan pangkat sebagai Staf Sarjan dan seterusnya menjadi
Kuatermaster Sarjan.
Pada 1
Oktober 1980, dia dinaikkan pangkat sebagai Pegawai Waran II dan Pegawai Waran
I pada 17 Ogos 1985. Kanang bersara pada 30 Mei 1986 selepas berkhidmat selama
21 tahun.
Bagi
mengisi masa terluang, beliau aktif memberikan ceramah kenegaraan di seluruh
negara selain dilantik sebagai Temenggong Bahagian Sri Aman pada 2009.
Antara
sumbangan utama beliau selepas bersara ialah menjayakan Ops Mai Pulai (Ops Bawa
Balik).
Melalui
operasi berkenaan, rangka 21 anggota Iban Trackers dan Sarawak Rangers yang
terkorban di Semenanjung dan Singapura ketika menentang komunis sekitar 1948
hingga 1963 dibawa balik ke Sarawak untuk dikebumikan di Makam Pahlawan,
Kuching pada 27 Julai 2011.
Wirawan
contoh
Pencetus
idea berkenaan, Leftenan Kolonel (B) Robert Rizal Abdullah berkata, Kanang
memainkan peranan penting dalam usaha itu malah menganggotai jawatankuasanya
sejak 2009.
Katanya,
Kanang merupakan seorang yang komited walaupun operasi berkenaan pada mulanya
hampir menemui kebuntuan sebelum penglibatan Kerajaan Negeri Sarawak.
"Dia
seorang yang amat bertanggungjawab dan kita berikannya peranan untuk
melaksanakan tugas-tugas khas. Tanpa Kanang, mungkin operasi itu tidak akan
berjaya.
"Kanang
juga mengetuai operasi penggalian kubur-kubur pejuang terbabit di Kuala Lumpur
dan Taiping, Perak malah menyempurnakan upacara khas 'Miring Nyambut Bujang
Berani Turun Sembilan'," ujarnya.
Kanang
disifatkan sebagai seorang wirawan contoh yang mengukir nama dengan darah serta
air mata.
Menurut
penulis buku biografi Kanang: Cerita Seorang Pahlawan, Mejar (B) Dr.
Maznan Noordin, tidak akan ada manusia seperti Kanang selepas ini kecuali jika
berlaku lagi peperangan di negara ini.
Jelas
beliau, Kanang adalah ikon patriotisme yang akan abadi di hati rakyat buat
selamanya kerana sanggup mengorbankan nyawa demi menyelamatkan maruah dan
kedaulatan negara.
"Mendiang
dan anggota tentera lain begitu berani dan bersemangat apabila berdepan dengan
musuh, ini digambarkan dalam Operasi Pukat yang mana Kanang berjuang
habis-habisan menentang pengganas komunis.
"Mendiang
telah cedera parah ketika bertempur dengan pengganas komunis, namun Kanang
meminta rakan-rakan dalam pasukannya meneruskan perjuangan menentang kumpulan
pengganas berkenaan.
Kosmo/2013
Barangkali ramai tidak
tahu, Kanang yang baru kini bergelar Datuk adalah satu-satunya penerima
anugerah tertinggi negara, Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) dan Panglima Gagah
Berani (PGB) yang masih hidup, selain penerima tunggal kedua-dua anugerah
berkenaan.
Sebagai renjer yang terkenal dengan moto ‘Agi Idup Agi Ngalaban’ (berjuang selagi masih hidup) Kanang diingati sebagai perwira negara yang unggul dan tidak takut mati demi mempertahankan negara daripada ancaman komunis, selain terbabit dalam konfrontasi dan kekacauan di Brunei ketika berkhidmat dengan Tentera Britain.
Mengimbas sedikit latar
belakang wira negara ini, Kanang mula berkhidmat dengan Angkatan Tentera
Malaysia (ATM) dan bertugas di perbatasan untuk mempertahankan kedaulatan
negara daripada ancaman musuh, khususnya komunis, sejak awal 1960-an.Sebagai renjer yang terkenal dengan moto ‘Agi Idup Agi Ngalaban’ (berjuang selagi masih hidup) Kanang diingati sebagai perwira negara yang unggul dan tidak takut mati demi mempertahankan negara daripada ancaman komunis, selain terbabit dalam konfrontasi dan kekacauan di Brunei ketika berkhidmat dengan Tentera Britain.
Berasal dari Kampung
Melaun, Julau, Sarawak, beliau yang dilahirkan pada 2 Jun 1940 dan mempunyai
kepakaran meneroka dan memburu di hutan, menganggotai ATM pada 1961 sebagai
Iban ‘tracker’.
Pada awal 1962, beliau menyertai Jungle Warfare School di Ulu Tiram, Johor selama tiga bulan sebelum berkhidmat dengan unit 42nd Royal Marine Commandos yang berpangkalan di Johor. Pada 1963, apabila Presiden Sukarno (ketika itu) melancarkan Konfrontasi Ganyang Malaysia, beliau antara anggota pasukan pertama dihantar ke Kota Tinggi, Johor untuk menghalang kemasukan tentera Indonesia.
Beliau juga pernah bertugas dengan unit 1st Royal New Zealand Army di Sarawak ketika zaman konfrontasi, kemudian berkhidmat dengan Sarawak Rangers yang akhirnya menjadi kumpulan ‘trackers’ profesional pertama dalam 1st Ranger Regiment ATM.
Pada 19 Februari 1980, Platun Risik Gempur (UCIS) 8 Renjer diketuai Kapt Johnson anak Meling dibantu oleh Kanang (ketika itu berpangkat Sarjan) ditugaskan ke kawasan tanah hitam di Perak untuk menjejak segerombolan pengganas komunis yang menembak mati seorang anggota 25 RAMD beberapa hari sebelumnya. Inilah peristiwa bersejarah dalam hidup Kanang bergelar tentera dan keberanian beliau dalam memerangi komunis ketika itu sungguh membanggakan.
Pada mula operasi itu, Kanang berjaya mengesan jerangkap samar, tetapi digempur musuh sehingga cedera parah di perut dan belakang. Namun dengan semangat waja demi mempertahankan negara, beliau tidak menyerah kalah, sebaliknya terus bersabung nyawa melawan musuh. Selepas serangan itu, beliau bergelut untuk meneruskan hidup dan terpaksa ditahan di hospital selama 14 bulan.
Mengenang jasanya membunuh musuh tanpa menghiraukan kecederaannya, Kanang dianugerah Pingat SP pada 3 Jun 1981. Beliau dikurniakan pingat PGB pada 7 Jun 1987. Selepas berkhidmat dan menabur jasa kepada negara lebih 21 tahun, PW1 Kanang Anak Langkau bersara daripada ATM pada 30 Mei 1986. Beliau kini menetap di tanah tumpah darahnya di Sarawak dan meneruskan kehidupan sebagai orang biasa dengan berbakti kepada tanah di bumi Kenyalang.
Sumber: http://www.hmetro.com.my/Pada awal 1962, beliau menyertai Jungle Warfare School di Ulu Tiram, Johor selama tiga bulan sebelum berkhidmat dengan unit 42nd Royal Marine Commandos yang berpangkalan di Johor. Pada 1963, apabila Presiden Sukarno (ketika itu) melancarkan Konfrontasi Ganyang Malaysia, beliau antara anggota pasukan pertama dihantar ke Kota Tinggi, Johor untuk menghalang kemasukan tentera Indonesia.
Beliau juga pernah bertugas dengan unit 1st Royal New Zealand Army di Sarawak ketika zaman konfrontasi, kemudian berkhidmat dengan Sarawak Rangers yang akhirnya menjadi kumpulan ‘trackers’ profesional pertama dalam 1st Ranger Regiment ATM.
Pada 19 Februari 1980, Platun Risik Gempur (UCIS) 8 Renjer diketuai Kapt Johnson anak Meling dibantu oleh Kanang (ketika itu berpangkat Sarjan) ditugaskan ke kawasan tanah hitam di Perak untuk menjejak segerombolan pengganas komunis yang menembak mati seorang anggota 25 RAMD beberapa hari sebelumnya. Inilah peristiwa bersejarah dalam hidup Kanang bergelar tentera dan keberanian beliau dalam memerangi komunis ketika itu sungguh membanggakan.
Pada mula operasi itu, Kanang berjaya mengesan jerangkap samar, tetapi digempur musuh sehingga cedera parah di perut dan belakang. Namun dengan semangat waja demi mempertahankan negara, beliau tidak menyerah kalah, sebaliknya terus bersabung nyawa melawan musuh. Selepas serangan itu, beliau bergelut untuk meneruskan hidup dan terpaksa ditahan di hospital selama 14 bulan.
Mengenang jasanya membunuh musuh tanpa menghiraukan kecederaannya, Kanang dianugerah Pingat SP pada 3 Jun 1981. Beliau dikurniakan pingat PGB pada 7 Jun 1987. Selepas berkhidmat dan menabur jasa kepada negara lebih 21 tahun, PW1 Kanang Anak Langkau bersara daripada ATM pada 30 Mei 1986. Beliau kini menetap di tanah tumpah darahnya di Sarawak dan meneruskan kehidupan sebagai orang biasa dengan berbakti kepada tanah di bumi Kenyalang.
Detik pilu kekal dalam ingatan
USIANYA kini 76 tahun, tetapi semangat juang bekas anggota Iban Trackers,
Sarjan Mejar (B) Sengalang anak Uyang, masih membara apatah lagi apabila
terkenangkan kejadian meragut nyawa rakan sepasukannya, Nyambik anak Pasang, di
Sungai Siput, Perak, 53 tahun lalu.
Bagi Sengalang, walaupun peristiwa yang juga hampir meragut nyawanya itu sudah lebih setengah abad berlalu, terlalu sukar untuk melupakannya, malah ia menjadi segar semula dengan kembalinya rangka Nyambik ke tanah kelahirannya 26 Julai lalu selepas sekian lama dikebumikan di perantauan.
Menceritakan detik tragis itu, Sengalang berkata, sebutir peluru senjata komunis yang terkena tepat di dada Nyambik hampir merobek tubuhnya juga.
"Ketika diserang, kami sedang meronda. Nyambik berjalan di sebelah saya, manakala dua lagi termasuk pegawai tentera British yang mengetuai kami iaitu Mejar Bruce Mary, turut sama dalam rondaan di Jalan Jelapang itu berjalan di barisan belakang.
"Ketika kami meninjau keadaan sekeliling, tiba-tiba musuh melepaskan tembakan dan saya terasa peluru melintasi depan saya dan dalam sekelip mata, Nyambik menjerit kerana tembakan itu terkena tepat di dadanya menyebabkan dia rebah dan menghembuskan nafas terakhirnya di depan mata saya," katanya.
Melihat Nyambik sudah terkena tembakan musuh, Senggalang bersama dua lagi rakan termasuk Bruce hilang sabar lalu mengejar pengganas itu dan berjaya menembak mati tiga daripada mereka.
Sengalang berkata, peristiwa 10 Jun 1958 itu detik paling menyayat hati pernah dialaminya ketika menyertai Iban Trackers membantu tentera British bertempur dengan pengganas komunis.
"Peristiwa itu memang cukup memilukan kerana ia membabitkan nyawa rakan baik saya yang datang dari Sarawak, semata-mata untuk berkorban nyawa membantu British menghadapi tentangan bersenjata pengganas komunis di Malaya.
"Selepas Nyambik rebah dan menghembuskan nafas terakhir, kami langsung tidak memikirkan keselamatan diri kerana satu saja matlamat ketika itu, membalas dendam atas kematiannya dan hingga kini, laungan 'Agi Idup Agi Ngelaban' membuatkan saya terus bersemangat untuk berjuang," katanya yang berasal dari Rumah John, Sungai Mujung, Kapit.
Bagaimanapun, situasi berbeza dialami Bala anak Utut, 73, apabila terpisah dengan abangnya Ugap yang terkorban dalam pertempuran di Taiping, Perak pada 28 Januari 1954.
"Apabila keranda kecil terpampang nama abang, saya menangis kerana tidak mampu menahan kesedihan akibat terpisah kira-kira 57 tahun lalu.
"Kami berdua ke Malaya kerana dipanggil membantu tentera British sekitar 1953, tetapi terpaksa pulang bersendirian ke Sarawak kerana abang menemui ajal, setahun kemudian," katanya.
Bagi Sengalang, walaupun peristiwa yang juga hampir meragut nyawanya itu sudah lebih setengah abad berlalu, terlalu sukar untuk melupakannya, malah ia menjadi segar semula dengan kembalinya rangka Nyambik ke tanah kelahirannya 26 Julai lalu selepas sekian lama dikebumikan di perantauan.
Menceritakan detik tragis itu, Sengalang berkata, sebutir peluru senjata komunis yang terkena tepat di dada Nyambik hampir merobek tubuhnya juga.
"Ketika diserang, kami sedang meronda. Nyambik berjalan di sebelah saya, manakala dua lagi termasuk pegawai tentera British yang mengetuai kami iaitu Mejar Bruce Mary, turut sama dalam rondaan di Jalan Jelapang itu berjalan di barisan belakang.
"Ketika kami meninjau keadaan sekeliling, tiba-tiba musuh melepaskan tembakan dan saya terasa peluru melintasi depan saya dan dalam sekelip mata, Nyambik menjerit kerana tembakan itu terkena tepat di dadanya menyebabkan dia rebah dan menghembuskan nafas terakhirnya di depan mata saya," katanya.
Melihat Nyambik sudah terkena tembakan musuh, Senggalang bersama dua lagi rakan termasuk Bruce hilang sabar lalu mengejar pengganas itu dan berjaya menembak mati tiga daripada mereka.
Sengalang berkata, peristiwa 10 Jun 1958 itu detik paling menyayat hati pernah dialaminya ketika menyertai Iban Trackers membantu tentera British bertempur dengan pengganas komunis.
"Peristiwa itu memang cukup memilukan kerana ia membabitkan nyawa rakan baik saya yang datang dari Sarawak, semata-mata untuk berkorban nyawa membantu British menghadapi tentangan bersenjata pengganas komunis di Malaya.
"Selepas Nyambik rebah dan menghembuskan nafas terakhir, kami langsung tidak memikirkan keselamatan diri kerana satu saja matlamat ketika itu, membalas dendam atas kematiannya dan hingga kini, laungan 'Agi Idup Agi Ngelaban' membuatkan saya terus bersemangat untuk berjuang," katanya yang berasal dari Rumah John, Sungai Mujung, Kapit.
Bagaimanapun, situasi berbeza dialami Bala anak Utut, 73, apabila terpisah dengan abangnya Ugap yang terkorban dalam pertempuran di Taiping, Perak pada 28 Januari 1954.
"Apabila keranda kecil terpampang nama abang, saya menangis kerana tidak mampu menahan kesedihan akibat terpisah kira-kira 57 tahun lalu.
"Kami berdua ke Malaya kerana dipanggil membantu tentera British sekitar 1953, tetapi terpaksa pulang bersendirian ke Sarawak kerana abang menemui ajal, setahun kemudian," katanya.
No comments:
Post a Comment